"Ilmu bermula bukan ketika kelas dimulakan atau ketika helaian buku mula diselak tetapi saat rasa hati ingin untuk mempelajarinya." - Haliza Othman -

Khamis, 6 Disember 2012

Definisi Suku Kata


Suku kata ialah unit penyusunaturan bunyi pertuturan. Contohnya, perkataan badak terdiri daripada dua suku kata: ba dan dak. Satu suku kata biasanya terdiri daripada nukleus suku kata (selalunya vokal) dengan pinggir awalan dan akhiran bukan wajib (biasanya konsonan).

Perkataan yang terdiri daripada satu suku kata sahaja (seperti pos) ialah kata ekasuku, manakala yang terdiri daripada dua suku kata (seperti baca) ialah kata dwisuku. Perkataan tiga suku kata (seperti sekolah) ialah katatrisuku, dan yang lebih daripada tiga suku kata pula (seperti pembolehubah) dipanggil kata banyak suku.





Selasa, 27 November 2012

Ciri-ciri Kanak-kanak Pendidikan Pemulihan Khas


CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN


Siapa Dia Kanak-Kanak Pemulihan


AE Tansley  dan  R.Culliford
“Kanak-kanak  pemulihan  adalah  kanak-kanak  yang  mempunyai  intelek  dan  kecerdasan  yang  rendah  juga  kurang  berkebolehan  menerima  pendidikan  biasa.”

M.F.Clough
“Kanak-kanak  pemulihan  ialah  kanak-kanak  yang  kurang  daya  taakul,  kurang  berkemampuan  membuat  sesuatu  keputusan  atau  kesimpulan  dan  kurang  memahami  tentang  perkara-perkara  yang  agak  abstrak.”

Sharifah  Rahmah  Ali
“Kanak-kanak  yang  gagal  menerima  pelajaran  dan  mereka  ini  berkemampuan  mempunyai  kecerdasan  yang  tinggi,  yang  sederhana  dan  di  bawah  paras  sederhana.  Kita  tidak  masukkan  kategori  kanak-kanak  yang  terlalu  lemah (mentally  retarded).”


Ciri-Ciri  Kanak-Kanak  Pemulihan


Antara  ciri-ciri  kanak-kanak  pemulihan  ialah;
1. Emosi  dan  Tingkahlaku
·         Perasaan  risau  dan  rendah  diri.
·         Perasaan  sedih,  hiba  atau  duka.
·         Perasaan  cepat  bosan  atau  jemu  terhadap  pelajaran.
·         Perasaan  takut  akan  perkara-perkara  baru.
·         Degil,  tidak  patuh  pada  peraturan-peraturan  dan  suka  melawan.
·         Suka  marah.
·         Pasif.
·         Malas


2. Sosial

·         Gelisah  dan  selalu  bergerak  di  dalam  darjah  serta  mengganggu kawan-kawan.
·         Murid-murid  lain  benci  kepadanya.
·         Gemar  menghisap  atau  menggigit  jari/kuku.
·         Selalu  tidak  hadir  ke  sekolah  dengan  berbagai-bagai  alasan.
·         Bohong  dan  kadang-kadang  mencuri.
·         Menangis - enggan  masuk  darjah.


3. Kesihatan

·         Lemah  tubuh  badan  serta  kurang  zat  makanan.
·         Pertumbuhan  tubuh  badan  tidak  seimbang (gemuk/kurus).
·         Tumpuan  perhatian  terhad (masalah  penglihatan).
·         Lemah  gerak  motor-kasar  dan  halus.
·         Kesihatan  terganggu  seperti  selalu  sakit,  sakit  terlalu  lama  dan teruk.


4. Kesediaan  Belajar

·         Belum  bersedia  untuk  belajar.
·         Perbendaharaan  kata  kurang.
·         Lemah  pemahaman.
·         Kurang  percaya  terhadap  diri  sendiri.
·         Kurang  matang


5. Pengamatan

·         Tidak  boleh  kenal  perbezaan  bentuk,  saiz,  warna  dan  turutan.
·         Lemah  pendengaran  bunyi.
·         Keliru  terhadap  konsep  ruang  dan  mencari  arah.
·         Lambat  mengkelaskan  benda.
·         Kesukaran  mengaitkan  pelajaran  yang  lama  dengan  yang  baru.
·         Tidak  dapat  menyelesaikan  masalah.
·         Sukar  membuat  kenyataan  am.
·         Sukar  ambil  bahagian  dalam  permainan  dan  tidak  faham undang-undang.
·         Tidak  kreatif.
·         Lemah  pergerakan  dan  perbuatan.
·         Lemah  daya  pemikiran/ingatan.
·         Tidak  boleh  mengingat  kembali.


Mengenal pasti  Murid


1.      Melalui  perbincangan  dengan  guru  kelas  atau  guru mata  pelajaran.
2.      Rekod-rekod  prestasi
3.      Rekod  kesihatan
4.      Kerja-kerja  harian  murid
5.      Laporan  Adab  Belajar ( LAB )
6.      Melalui  pemerhatian
7.      Punca-punca  lain  yang  diperolehi