"Ilmu bermula bukan ketika kelas dimulakan atau ketika helaian buku mula diselak tetapi saat rasa hati ingin untuk mempelajarinya." - Haliza Othman -

Lagu

Nyanyian lagu selalu membuatkan murid merasa gembira dan ceria. Ini membuatkan mereka mudah menerima apa yang diajarkan kepada mereka kerana konsep dan pendekatan guru yang lebih mesra dan menghiburkan. Tidak dapat dinafikan bahawa muzik sememangnya menjadi sebahagian daripada BBM yang sangat membantu guru menyampaikan pelajaran dengan mudah kepada setiap pelajar.



Guru boleh menggubah lagu sendiri atau menyadur lagu sedia ada dengan menukarkan lirik lagu bersesuaian dengan apa yang hendak diajarkan kepada murid. Lihat contoh video lagu di bawah yang mungkin dapat membuatkan murid ceria dan pada masa yang sama mereka memahami apa yang diajarkan.