"Ilmu bermula bukan ketika kelas dimulakan atau ketika helaian buku mula diselak tetapi saat rasa hati ingin untuk mempelajarinya." - Haliza Othman -

Profil Diri



Saya mengajar di sekolah Dato Seri Maharajalela sejak tahun 1997 hinggalah sekarang. Pada mulanya saya bukanlah guru pemulihan khas, saya mengajar di arus perdana sebagai guru tahun satu. Oleh sebab minat yang mendalam terhadap pendidikan awal kanak-kanak, saya telah menghadiri kursus KDP 14 minggu Pra sekolah di Maktab Perguruan Batu Pahat yang kini dikenali sebagai UTHM pada tahun 2003 yang bertujuan untuk membuka Pra Sekolah di sekolah saya tetapi malangnya tiada peruntukan daripada PPD dan Pra sekolah ditangguhkan ke tahun berikutnya. Pada masa yang sama terdapat kekosongan guru kelas pemulihan kerana guru berkenaan telah ditawarkan kenaikan pangkat sebagai GPK1 membuatkan saya melamar menjadi guru pemulihan hinggalah sekarang.