APA ITU DISLEKSIA?
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal
huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup
dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit
dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program
pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan
disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia
tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia
menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan
yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
CIRI-CIRI DISLEKSIA
Kanak-kanak pra-sekolah
:
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan
Kanak-Kanak Sekolah Rendah :

6
hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik

9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial
LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal
pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai