Suku kata ialah
unit penyusunaturan bunyi pertuturan.
Contohnya, perkataan badak terdiri daripada dua suku kata: ba dan dak.
Satu suku kata biasanya terdiri daripada nukleus
suku kata (selalunya vokal)
dengan pinggir awalan dan akhiran bukan wajib (biasanya konsonan).
Perkataan yang terdiri daripada satu suku kata sahaja (seperti pos) ialah kata ekasuku, manakala yang terdiri daripada dua suku kata (seperti baca) ialah kata dwisuku. Perkataan tiga suku kata (seperti sekolah) ialah katatrisuku, dan yang lebih daripada tiga suku kata pula (seperti pembolehubah) dipanggil kata banyak suku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan