Memanglah
menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang
berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang
diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi
penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai
dengan kehendak masyarakat dan negara.
Namun...adakah apa yang berlaku pada dirinya adalah kehendak mereka??
Mari kita renungkan dan kaji di mana puncanya...
Mereka adalah cahaya dan anugerah yang perlu dididik menjadi insan sempurna.
Punca - punca timbulnya masalah
pembelajaran di kalangan kanak - kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori :
1. punca
biologi
2. Punca psikososial
2. Punca psikososial
Punca biologi
Merangkumi faktor
baka dan penyakit - penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf.
Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak
(meningitis) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat
saraf (neurologi dysfunction).
Pakar kanak -kanak juga telah
lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning) seseorang kanak - kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran.
Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah
pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat
mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada penggunaan bahan - bahan
tersebut.
Punca psikologi
Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan ,
kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak - kanak
berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya, unsur biologi berinteraksi
dengan unsur psikososial. Oleh itu, setiap kanak - kanak yang menghadapi masalah
ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.
Satu kajian untuk mengenal pasti
dengan lebih terperinci punca -punca kegagalan dalam pelajaran telah
dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di
selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN dengan kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikenal pasti ialah kurang perhatian
oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan
kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca,
menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat
menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran
membaca. Sesetengah kanak - kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan
(perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri
sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan
berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan
sebayanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan