"Ilmu bermula bukan ketika kelas dimulakan atau ketika helaian buku mula diselak tetapi saat rasa hati ingin untuk mempelajarinya." - Haliza Othman -

Khamis, 4 Oktober 2012

Mengajar Kemahiran KVKVK


Salam 1 Malaysia

Semoga anda sentiasa  beroleh kesihatan yang baik dan ceria selalu. Ucapan terima kasih kerana anda sudi mengunjungi blog ini untuk  tatapan bersama.

Di sini saya ingin berkongsi bersama sebagai  panduan mengajar murid-murid pemulihan menguasai  kemahiran KV+KVK. Untuk pengetahuan, panduan yang saya guna ini berdasarkan Modul Pendidikan Pemulihan yang dibina berdasarkan sumber-sumber yang diperolehi dari rakan-rakan, kursus-kursus yang dihadiri serta ada yang dibina sendiri untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan . Justeru itu jika ada penerangan dirasakan kurang relevan dan  tidak bersetuju  bolehlah beri cadangan untuk penambahbaikan  bersama.

Saya masih mengajar dengan cara lama iaitu menggunakan bahan bantu mengajar seperti kad-kad suku kata, permainan berunsur pendidikan, lembaran kerja serta sistem ‘tulis dan baca’  di samping menggunakan komputer dan LCD. Pada peringkat awal selepas saringan 1 murid LITERASI  tahun 1 seramai 12 orang di mana sebahagian besar mereka telah menguasai kemahiran menyebut suku kata KV dan KVK dengan baik . Justeru  itu tanpa  membuang masa dan tenaga dengan mengulang ajar kemahiran yang sama.

Saya masukkan penambahan suku kata KVK di belakang suku kata KV dan menjadi KV+KVK contoh; roket, lobak, nanas dan perkataan yang sepertinya. Pertama sekali, murid diedarkan kad suku kata KV+KVK yang dibina secara satu-satu dengan dua warna yang berbeza. Contohnya; kapal, rumah dan jarum.


Murid mesti diberitahu konsep mengeja yang betul sebelum mereka belajar mengeja dan menyebut sesuatu perkataan. Dalam kemahiran ini, suku kata awalan menjadi perkara pertama yang perlu difahami oleh murid.
Contohnya, apabila murid mengeja perkataan kapal. Murid mengeja dengan memisahkan perkataan tersebut kepada dua suku kata. Suku kata yang pertama perlu diberi perhatian oleh murid kerana kebanyakan murid mudah lupa suku kata pertama tatkala mereka mengeja suku kata kedua.

Justeru, setelah mengeja suku kata kedua, pastikan murid memahami konsep sebutan suku kata yang pertama mesti didahulukan sebelum mereka menyebut suku kata kedua.

Kebanyakan murid yang tidak faham akan konsep mengeja akan menyebut perkataan rumah setelah dieja menjadi ramah. Justeru, latihan pengulangan diperlukan sehingga murid faham konsep mengeja dan menyebut perkataan.






1 ulasan:

  1. OK kak.....cayok. Tambahkan lagi maklumat dalam blog ni. Semoga lebih berinovasi dan berinformasi. Moga maju jaya............

    BalasPadam